Archive for July, 2009

Apakah itu Fiber?

Posted in Uncategorized on July 12, 2009 by fiber4u

Fiber Yang Tinggi

PHHP PHYTO FIBER mengandungi fiber yang tinggi seperti Roselle, Oat, Hawthorn Berry, Psyllium Husk dan lain-lain, yang membantu memenuhi keperluan serat tumbuhan seharian anda.

Tanpa Bebanan

Ianya membantu meringankan coprostasis yang terperangkap di dalam tubuh dan menghancurkan lemak yang berlebihan, ini memberi hasil yang tidak dijangka dan keselesaan yang menakjubkan dan juga perasaan yang tenang.

Marvellous Taste

Ia dijadikan dari kandungan tumbuhan Phyto dan buah-buahan. Rasanya yang lazat direka khusus untuk kegemaran ramai.
KEBERSIHAN SALURAN GASTRO-USUS

Menurut laporan, punca pelbagai jenis penyakit berkait-rapat dengan saluran gastro-usus kita. Ini bermakna, saluran gastro-usus yang tidak sihat adalah punca sebenar kebanyakan penyakit.

Pakar kesihatan telah menegaskan bahawa 90% penyakit kronik moden adalah disebabkan kelemahan fungsi saluran usus. Tambahan, kanser usus besar telah diramalkan akan menjadi pembunuh utama pada abad ke-21.

Usus besar adalah seperti sistem pembentungan, sisa makanan yang tidak dapat dihadamkan akan melalui saluran ini sebelum disingkirkan dari tubuh kita. Saluran usus bukanlah saluran yang lebar dan luas, sebaliknya ia sempit dan bengkang-bengkok. Oleh itu, proses penyingkiran sisa buangan bukanlah semudah seperti yang disangkakan.

Masalah usus dalaman adalah disebabkan oleh,
Pengambilan makanan berlebihan yang mengandungi

* Protein yang bertahap tinggi, daging seperti daging lembu, kambing/bebiri, dan lain-lain
* Kalori yang bertahap tinggi seperti makanan yang bergoreng, makanan yang berlemak binatang dan
* Makanan yang telah disiapkan seperti makanan segera, minuman berkarbonat, kek, makanan dalam tin dan lain-lain

Dan,
Kekurangan atau tidak cukup pengambilan makan yang mengandungi

* Serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayuran kekacang dan lain-lain.

Kewujudan beribu-ribu bacteria yang merbahaya adalah disebabkan oleh makanan yang tidak dihadamkan dengan sempurna di dalam usus. Sebagai akibatnya, badan akan menghasilkan toksin yang akan mendatangkan keburukan kepada badan yang sihat. Inilah bagaimana koprostatsis terperangkap di dalam tubuh dan menjadi punca kepda pelbagai jenis penyakit.

DENGAN ITU KEBERSIHAN USUS DALAMAN ADALAH SATU KEMESTIAN & ADALAH ASAS YANG TERBAIK UNTUK TUBUH YANG SIHAT.

Pakar kesihatan menasihatkan dalam pengambilan makanan yang mengandungi kadar serat yang tinggi. Ini adalah kerana pengambilan makanan yang berserat tinggi dapat membantu: –

* Mempunyai rasa kekenyangan yang cukup dan menghindari pemakanan berlebihan
* Melarutkan dan membakar lemak yang berlebihan di dalam tubuh
* Meningkatkan kadar metabolisma
* Menghapuskan lemak yang berlebihan

MAKANAN BERSERAT TINGGI YANG BAIK

SERAT TUMBUHAN

Serat tumbuhan termasuklah serat yang boleh larut di dalam air dan sebaliknya. Bahan yang sebelumnya menyediakan rasa kekenyangan, manakala yang kemudiannya membantu mengurangkan koprostasis.

* Serat tumbuhan membantu mengurangkan cirit-birit, dan menyerap air yang berlebihan di dalam usus.
* Ianya adalah pelican gastro-usus semulajadi dengan kekuasaan menyenangkan proses pembuangan.
* Ianya menolong membuangkan koprostasis yang terperangkap di dalam usus yang mana akan menguarangkan risiko mendapat penyakit usus yang besar.
* Ia membantu melancarkan perjalanan peristalsis dan mengurangkan risiko koprostasis dan masalah yang disebabkan oleh koprostasis seperti buasir dan pernafasan berbau.
* Ia membantu dalam pembersihan usus yang besar, membentuk keadaan yang membantu dalam kawasan penghadaman yang membiak bacteria yang berfaedah supaya boleh mengkalkan proses kesihatan fungsi badan
* Ia membantu merendahkan kadar lemak dan kolesterol, dan mengurangkan pembetukan kolesterol yang tidak baik.
* Ia memberi rasa kekenyangan dan membantu yang gemuk mengawal selera.

ROSELLE
Roselle adalah kaya dengan vitamin C

* Roselle adalah bahan mengalakan pembuangan urin yang semulajadi dan membantu menambah pengeluaran urin
* Ia membantu merendahkan kepekatan darah, melancarkan pengedaran darah dan merendahkan tekanan darah.
* Ia mengandungi asid sitrik semulajadi yang menyejukkan dan boleh membantu menurunkan suhu demam panas.
* Ia juga kaya dengan vitamin C yang membantu mempercepatkan proses sembuh luka dan kecederaan.
* Ia mencantikkan kulit, mengurangkan jerawat dan masalah kulit.
* Ia mengandungi anti oksida semulajadi, membantu menghindari kerosakan sel dan mengurangkan peluang pengoksidaan kerosakan hati.

BIJIRIN OATSOATS

Bijirin Oat mengandungi zat makannan asid amino, vitamin B1, kalsium, besi, serat yang boleh larut dan lain-lain.

* Zaman sekarang pengguna menganggap bijirin oat sebagai makanan berkhasiat zaman moden
* Bijirin oat kaya dengan kulit bijirin dan serat, yang mana amat berguna untuk sistem penghadaman
* Ia mengurangkan kadar tekanan darah tinggi dan klesterol juga mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, serangan jantung dan lumpuh
* Ia adalah penahan sakit yang semula jadi, dan sebagai pencegah kepada tekanan perasaan dan sebagai tonik kepada sistem urat saraf.
* Ia membantu melegakan sakit kepala dan keletihan
* Ia mengandungi kalsium, yang membantu menguatkan gigi dan tulang

S & J untuk Phyto Fiber
Q:

Apakah itu fiber?
Fiber merupakan gentian serabut yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan. Fiber membentuk dan menawarkan kekuatan serta struktur bagi tumbuh-tumbuhan. Gentian berkenaan merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiber banyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya. Fiber hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung dalam daging haiwan, ikan dan bahan tenusu.

Q:
Apakah kepentingan Fiber terhadap kesihatan manusia?
Menurut pakar-pakar kesihatan, pengamalan kesihatan bermula dari penjagaan bahagian usus. Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuat pengendalian bahagian usus secara berkesan. Fiber membantu meransang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Selain daripada itu, ia membuatkan anda merasa kenyang lalu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil dan dengan demikian membantu mengawal berat badan.

Q:
Siapakah memerlukan fiber?
Setiap orang memerlukan fiber tiap-tiap hari, terutamanya pesakit diabetis, orang yang berlebihan berat badan dan obesiti.

Q:

Berapakah jumlah pengambilan fiber yang sesuai bagi seseorang setiap hari dan apakah cara pengambilannya?
Menurut cadangan pakar pemakanan, jumlah pengambilan fiber yang disyorkan bagi seseorang setiap hari adalah di antara 20-35 gram. Anda dicadangkan untuk menambah kuantiti pengambilan sedikit demi sedikit. Minumlah lebih banyak air apabila kuantiti pengambilan fiber kian menambah . 8 gelas air dicadangkan untuk diminum setiap hari.
Q:

Bilakah akan timbulnya kesan tindakbalas selepas pengambilan Phyto Fiber?
Secara umumnya, selepas mengambil Phyto Fiber selama 8-12 jam, akan timbul keperluan untuk membuang air besar. Namun, hal ini tertakluk kepada keadaan tubuh badan masing-masing..
Q:

Bagaimanakah fiber membantu meransang sistem penghadaman?
Fiber akan melancarkan proses penghadaman. Lendiran fiber berupaya melicinkan usus dan menyingkirkan bahan buangan lalu memelihara kesihatan bahagian usus.
Q:

Benarkah fiber dapat membantu mengawal berat badan?
Fiber berupaya memanjangkan waktu kekalan makanan dalam bahagian perut dan membuatkan anda berasa kenyang. Hal demikian dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan dan kalori . Selain daripada itu, tabiat pemakanan yang baik dan rajin bersenam juga membantu dalam pengawalan berat badan.
Q: Adakah pengambilan fiber akan mengakibatkan ketidakcukupan garam mineral atau menghapuskan bakteria yang bernas?
Menurut laporan kajian semasa, fiber tidak akan mengakibatkan masalah yang sedemikian. Sebaliknya ,bakteria bernas turut bergantung kepada fiber untuk bertumbuh dan membiak.
Q:

Adakah kesan sampingan akan menimbul jika kita mengambil makanan tambahan berserat tinggi dalam jangka masa yang panjang?
Sekiranya makanan tambahan berserat tinggi diperbuat daripada bahan semulajadi, ia tidak akan seperti sesetengah julap yang akan melonggarkan saluran usus, sebaliknya, serat akan mempertingkatkan pergerakan peristalsis saluran gastro-usus dan menggalakkan kesihatan usus serta fungsinya. Jadi, anda boleh mengambilnya secara bebas jika produk itu adalah daripada syarikat yang bereputasi baik.
Q:

Megapakah sesetengah orang akan merasai penyahhidratan selepas mengambil produk berserat tinggi?
Ini kerana mereka tidak meminum air dengan secukupnya, tambahan pula serat berkebolehan untuk menyerap air. Masalah boleh diatasi dengan meminum air dengan secukupnya, sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari. Sebagai tambahan, anda juga boleh mengambil makanan tambahan untuk menggantikan kehilangan elektrolit melalui air.
Q:

Untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan, selain mengambil serat, apakah nasihat ke atas makanan yang perlu mereka ambil perhatian?
Pastikan mengambil makanan yang seimbang untuk memenuhi keperluan seharian. Mereka perlu mengelakkan makanan berkalori tinggi dan berlemak tinggi seperti makanan yang digoreng dan makanan yang tinggi kandungan kanjinya. Selain itu, buah-buahan segar dan sayur-sayuran juga baik untuk mereka kerana makanan ini mengandungi kalori yang rendah tetapi tinggi kandungan mineral dan vitamin yang dapat mempertingkatkan fungsi tubuh badan.
Q:
Adakah serat dapat meningkatkan kecantikan?
Makanan serat membantu badan untuk membersihkan kolon dan mengurangkan penyerapan toksin. Tambahan pula, selain serat, sesetengah makanan seperti roselle juga kaya dengan vitamin C, jadi ia juga memiliki kebolehan kecantikan yang tertentu.

CARA UNTUK MENDAPATKAN PRODUK?

Pembayaran menggunakan akaun bank berikut:-

MOHD AZILAN ( tel @sms 019-9470583)
No. Akaun Maybank – 1130 2336 3806
No Akaun CIMB/BCB – 1305 0030 1995 21

(sila sms/email nama dan alamat lengkap setelah membuat pembayaran
dgn segera)

HARGA SEKOTAK – RM 85.00 ( 15 PEKET)

Belian 3 kotak – RM 204 – KEAHLIAN PERCUMA!

PEK PERCUBAAN – RM 20 – 3 Peket – POSLAJU RM10

POS LAJU – PERCUMA belian 1 kotak

POSLAJU – RM 10 – Belian 3 kotak

Advertisements